Pelakon Janna Nick akui tidak kisah dikrtitik kecuali hal yang melibatkan keluarganya.

Menurut Janna, dia tidak mahu netizen mengaitkan kedua ibu bapanya dalam isu adegan cium bersama Fattah Amin menerusi drama Coffee Prince yang hangat diperkatakan beberapa hari lalu.

Janna memberitahu perkara tersebut melalui akaun Instagramnya dengan memuat naik foto beserta kapsyen:

“Kiyummm sikit. Goodnight all.

“Ruangan kecaman/nasihat/pujian/kritikan/luahan perasaan/masalah rumahtangga/berniaga/tinggi langsing/vitamin kurus gemok/bengkung sajat disediakan..sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..

“Bahasa kesat dibenarkan

“Penggunaan binatang juga di benarkan tapi kalau yang comel-comel okay la seperti kucing/arnab..contoh ayat; "eh kau ni buruk macam kucing"

“Semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya. Segalanya diterima dengan hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit.

“Terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang uols untuk menjadikan kita sesama manusia menuju ke arah yang lebih baik...semoga nikmat kepuasan yang dirasai akan mengurangkan gejala sosial yang melanda negara kita! ❤️DEAR PEOPLE, U MAY START NOW ❤️”,
tulisnya.

Dalam pada itu, entri berkenaan telah menerima hampir 85,000 likes dan lebih 3,000 komen.

Terdahulu, Fattah dan Janna dikritik hebat gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza telah memuat naik video pasangan berkenaan melakonkan aksi bercium di Instastory miliknya baru-baru ini.

Kiyummm sikit ??? Goodnight all... Ruangan kecaman/nasihat/pujian/kritikan/luahan perasaan/masalah rumahtangga/berniaga/tinggi langsing/vitamin kurus gemok/bengkung sajat disediakan..sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah.. Bahasa kesat dibenarkan Penggunaan binatang juga di benarkan tapi kalau yang comel2 ok la seperti kucing/arnab..contoh ayat; "eh kau ni buruk macam kucing" Semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya. Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit...terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang uols untuk menjadikan kita sesama manusia menuju ke arah yang lebih baik...semoga nikmat kepuasan yang dirasai akan mengurangkan gejala sosial yang melanda negara kita! ❤️DEAR PEOPLE,U MAY START NOW ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Foto: Instagram @jannanick