Konsert AF Megastar minggu kedua diteruskan lagi pada minggu ini dengan tema 'Rock'.
Seramai 10 bintang yang berjaya mara telah memilih lagu masing-masing.

10 bintang tersebut adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel, Ewal dan Amir.
Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata genre rock boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti setiap bintang AF Megastar.
"Genre rock ini ada banyak jenis, tidak semestinya mereka perlu bawa lagu rock kapak.
"Mereka boleh memilih untuk menyanyi lagu 'slow rock' atau 'pop rock', semua itu terpulang pada kreativiti mereka," katanya kepada Astro Gempak.
Berikut merupakan senarai lagu bintang AF Megastar di minggu ini:
1. Shahir - Jampi (Hael Husaini)
2.Indah - Chandelier (Sia)
3. Syamel - Still Loving You (Scorpions)
4. Amir - Sejarah Mungkin Berulang (New Boyz)
5. Sufi - Sambutlah Kasih (LoveHunter)
6. Bob - Saat Ku Idamkan (Amy Search)
7. Marsha - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
8. Idayu - Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
9. Ewal - Potret (Akim & The Majistret)
10. Amir Jahari - Pokok (Meet Uncle Husin)
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal