GV 3: Menyanyi Lagu Sendiri Memanglah Bagus – Datuk Ramli MS

19 Oktober 2016. 7.31 PM
50,895
Hiburan
GV 3: Menyanyi Lagu Sendiri Memanglah Bagus – Datuk Ramli MS

Juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV 3), Datuk Ramli MS telah mecabar para peserta untuk membuat persembahan terbaik mereka di konsert kedua, Ahad ini.

Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram berkata, kesemua peserta telah menampilkan persembahan yang bagus dalam konsert pertama GV 3 kerana mereka menyanyikan lagu sendiri.

“Menyanyi lagu sendiri memanglah bagus sebab dah biasa. Kita tengok konsert kedua nanti macam mana.

“Konsert kedua nanti, barulah juri senang nak buat kerja kerana mereka akan menyanyikan lagu orang lain yang mungkin mereka sendiri pun tak pernah terfikir nak nyanyi.

“Konsert pertama ini, saya mengaku sukar untuk memberikan markah kepada mereka kerana semuanya mantap membuat persembahan masing-masing,” katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas konsert berakhir pada malam Ahad lepas.

Mengulas mengenai GV 3, Ramli berkata program realiti paling popular ini adalah ‘perniagaan’ kepada artis-artis yang sudah lama meninggalkan pentas nyanyian.

“Bila mereka muncul sahaja dalam GV, ‘business’ akan cari mereka. Secara tak langsung program ini merupakan platform kepada mereka untuk kembali aktif dalam industri.

“Dari sudut positif, ia bagus untuk mereka,” ujarnya.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin


Artikel Berkaitan


Komen