Pelawak Atu Zero dan Fikry Ibrahim yang mewakili kumpulan King Musang tersingkir di minggu ketiga Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Menganggap rezeki mereka berada di luar, Atu dan Fikry sudah menjangkakan ada dua penyingkiran yang akan berlaku di SSS2017.

"Rezeki kami di SSS2017 sampai di sini sahaja, Mungkin rezeki kami di luar. Kami berdua memang sudah bersedia untuk menghadapi dua penyingkiran sekali gus kerana program ini berlangsung selama lapan minggu sahaja.

"Segalanya mungkin berlaku dan kami terima ketentuan dengan berlapang dada. Kami harap pemain yang lain dapat mengekalkan momentum dalam permainan dan terus menghiburkan penonton," kata Fikry kepada Astro Gempak.

Tambah Atu, penyertaan pertama mereka ini tidak akan membuatkan mereka serik untuk turut serta dalam pertandingan Super Spontan di masa akan datang.

"Ini percubaan pertama saya dalam Super Spontan. Ini juga percubaan pertama Fikry menyertai permainan ini. Kami mengutip banyak pengalaman dalam pertandingan ini.

"Rasa sangat bertuah dapat bergandingan bersama ramai pelawak berpengalaman. Biar pun tersingkir di awal pertandingan, kami tak serik untuk menyertai Super Spontan di masa akan datang," katanya lagi.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sepatah dua kata daripada @fikryibrahim & @akueatu . Thanks menghiburkan kami semua! #superspontansuperstar . Nak tgk persembahan minggu 3? jom ke www.superspontansuperstar.com

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

@fikryibrahim & @akueatu terpaksa melangkah keluar dari #superspontansuperstar 2017 malam ini. @rahimr2 telah memberikan imuniti kepada @amymasturalerr untuk terus kekal berada di #superspontansuperstar . Thanks korang semua.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Pelik-pelik je tetamu #JamuanCikKiah team #TenggilongTaiko ni. pening jugak Cik Kiah nak menjawab. #superspontansuperstar

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Dah macam teater muzikal #KingMusang ni diorang main game #SinetronKehidupan . Best tak?? #superspontansuperstar

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on