Tengku Permaisuri Selangor Sebak Lihat Persembahan Anak-Anak Istimewa

19 Oktober 2016. 7.40 PM
239,134
Hiburan
Tengku Permaisuri Selangor Sebak Lihat Persembahan Anak-Anak Istimewa

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebak dan menitiskan air mata selepas menonton persembahan anak-anak istimewa Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCASFT).

Ketika lawatan tersebut anak-anak istimewa SCASFT telah melakukan persembahan sepenuh hati untuk dipersembahkan kepada baginda.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut mencemar duli meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan anak-anak SCASFT.

Baginda juga sempat menghadiahkan cendermata kepada hampir 100 kanak-kanak spastik yang terdiri daripada lapisan umur dan kaum.

SCASFT menerima sumbangan sebanyak RM400,000 untuk program Pembangunan Semula Spastik meliputi perkhidmatan rawatan pemulihan seperti fisoterapi, hidroterapi dan pendidikan khas.

Berikut merupakan video persembahan anak-anak SCASFT menari lagu hindi dan foto menarik ketika sesi lawatan rasmi Diraja ke sana:


Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir

Foto: Noor Asrekuzairey MG


Artikel Berkaitan