Peminat pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong menyukai episod pertama musim terbaru The House.

Menggandingkan dua pelakon kacak tersebut, peminat menggemari keletah yang ditonjolkan oleh Fattah dan Alvin dalam The House.


Rata-rata peminat yang telah selesai menonton episod pertama memberi pujian terhadap keserasian yang ditonjolkan oleh Fattah dan Alvin.

Peminat juga tak sabar menanti episod baru The House yang bakal disiarkan minggu hadapan!







Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dengan menonton The House! Ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod pertama The House musim keempat yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store!

Teks oleh: Kamaruddin Razal