Pengarah Michael Ang berharap agar masyarakat dapat memaafkan pelakon Fathia Latif yang menyesal dengan kelakukannya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Mesej itu ditulis oleh Michael menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta satu foto bersama Fathia.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan hashtag #staystrong, ##everyonemakemistake dan #atleastmengakudarilari.

“Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku dan rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri! Kita maafkan dan berdoa kan untuk dia agar benda-benda bodoh seperti ini tak terjadi lagi! #staystrong #everyonemakemistake #atleastmengakudarilari @fatiyalatiff stay strong aje la dan jangan buat benda bodoh lagi,” tulisnya.

Jumaat lalu, video kontroversi melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha viral di media sosial menyebabkan kedua-dua mereka dikecam teruk oleh pengguna laman sosial.

Bagaimanapun selepas Fathia dan Natasha memberikan kenyataan mengenai kontroversi tersebut, video kedua pula tersebar pada pagi Sabtu.

Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku n rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri! Kita maafkan and berdoa kan untuk dia agar benda2 bodoh ni tak terjadi lagi! #staystrong #everyonemakemistake #atleastmengakudarilari @fatiyalatiff stay strong aje la n jgn buat benda bodoh lagi

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Foto: Instagram @MichaelAng / @Fatiyalatiff