Seorang peminat tegar Akademi Fantasia dipercayai telah memecah masuk ke belakang pentas sewaktu berlangsungnya Konsert AF Megastar, Ahad lalu.

Menerusi video yang dikirimkan oleh seorang netizen kepada Instagram Akademi Fantasia, peminat itu berjaya memecah masuk tanpa halangan ketika raptai AF Megastar dijalankan.

Peminat yang memperkenalkan dirinya sebagai Aizat Arshad telah melakukan sebuah vlog yang menceritakan perjalanannya dari luar hingga ke dalam Dewan Theater Shah Alam.

Difahamkan, vlog itu diambil menggunakan telefon pintar Vivo V5s yang kualiti gambar dan videonya nampak jelas dan menarik.

Lebih menarik lagi, dia berpeluang mengambil gambar swafoto dengan bintang-bintang kegemarannya seperti Idayu, Marsha, Adira, Bob dan ramai lagi.

Namun pihak AF Megastar masih tertanya-tanya siapa Aizat ini sebenarnya? Bagaimana peminat tersebut boleh masuk belakang pentas tanpa halangan?

Persoalan itu masih menjadi tanda tanya.

Tonton vlog tersebut di bawah:



Vivo V5s merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi kamera hadapan 20 megapixel, mempunyai cahaya 'new selfie softlight' ketika berswafoto di dalam gelap dan menariknya mempunyai 'face beauty 6.0 mode' untuk kualiti gambar yang cantik.

Selain itu, Vivo V5s sesuai digunakan untuk menghasilkan kualiti gambar seperti seorang juru foto amatur dengan spesifikasi Bokeh Mode, 52 megapixel Ultra HD Photos.