Fatin Nadhirah dan Muhammad Hezwan merupakan penggemar aksesori kereta dan peserta minggu kelima rancangan realiti kewangan Let's Du-it.

Bagi menjayakan tugasan Cabaran Terjebak, kedua – dua peserta ini telah diberikan RM 300 untuk berbelanja di kedai aksesori kereta.

Bertemakan Beli Barang Lain bagi Cabaran Terjebak minggu ini, kedua-dua peserta akan ditawarkan harga langsung tidak masuk akal ketika memasuki kedai aksesori kereta.

Manakala cabaran kedua pula ialah Cabaran Poket atau Tabung. Pasti ramai yang dapat mengagak cabaran mana yang menjadi pilihan mereka. Bagaimanakah mereka mengagihkan jumlah wang yang diberikan kepada mereka mengikut keutamaan masing-masing?

Pada minggu keenam, dua peserta akan diberikan cabaran Kad Keahlian untuk melihat gelagat pasangan mencari pakej percutian.


Untuk mengetahui bagaimana setiap peserta menyahut cabaran yang diberikan pada mereka dengan dengan lebih lanjut, saksikanlah rancangan realiti kewangan Let’s Du It setiap hari Isnin pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Pada minggu ini, penonton dapat mengetahui tips–tips seperti cara berbelanja secara tunai atau kredit yang dikongsikan oleh Jabatan Pendidikan Kewangan (AKPK) dan juga tips yang mudah untuk menyimpan bagi persediaan apabila bersara nanti oleh KWSP.

Let's Du It merupakan sebuah rancangan realiti kewangan yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Razif.

Cabaran akan diberikan kepada setiap peserta setiap minggu berdasarkan tema tertentu berkisar masalah yang sering dihadapi orang awam setiap hari.

Penonton akan menyaksikan peserta menyahut cabaran untuk membelanjakan wang dengan bijak dan menyimpan secara konsisten.