Seorang lelaki berasal dari London, Albert Pukies mengakui mempunyai keinginan pelik apabila mengidamkan penampilan perut buncit.

Untuk memenuhi keinginannya itu, Pukies telah mereka 'perut buncit palsu' dalam bentuk sebuah beg supaya dia kelihatan boroi ketika berada di tempat awam.

"Saya sebenarnya suka dengan penampilan perut buncit tetapi risau jika mempunyai pelbagai masalah kesihatan jika berbadan besar.

"Akibat daripada itu saya mendapat idea untuk merealisasikan keinginan itu dengan mencipta beg ini," katanya kepada Metro UK.



Beg 'pouch' tersebut dinamakan The DadBag dan mempunyai keluasan yang agak besar yang mampu menyimpan pelbagai barangan peribadi seperti dompet, telefon, malah tin minuman juga boleh dimuatkan di dalamnya.

Katanya lagi, buat masa ini dia tidak mempunyai perancangan untuk menjual beg itu.

Bagaimanapun dia sedia bekerjasama dengan syarikat yang berminat untuk memasarkan beg berkenaan.



Artikel: Metro UK