Pelakon Fattah Amin mengakui pernah menggantung poster Spiderman dalam bilik tidurnya.

Rakan baik Fattah, pelakon Alvin Chong pula menggantung poster Pokemon di dalam bilik tidurnya.

Untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam, Astro Gempak sempat bertanyakan beberapa soalan rawak yang sama terhadap Fattah dan Alvin.

Soalan-soalan rawak dan menarik itu diajukan kepada mereka bersempena program realiti The House musim keempat yang kini sedang bersiaran di laman web www.thehouse.com.my.

Berikut merupakan antara soalan yang telah diberikan kepada mereka:

Poster yang pernah anda gantung di bilik tidur?
Fattah: Poster Spiderman (satu masa dahulu).
Alvin: Poster Pokemon.

Bagaimana anda menghabiskan hari Sabtu secara ideal?
Fattah: Menghabiskan masa di kafe dan gimnasium saya!
Alvin: Bersendirian di rumah.

Satu hari di pantai atau satu hari di pawagam untuk movie marathon?
Fattah: Movie marathon.
Alvin: Berada di pantai.

Anda terpaksa makan satu jenis hidangan sahaja sepanjang hidup anda. Namakan hidangan tersebut?
Fattah: Nasi putih dan sambal udang.
Alvin: Nasi ayam.

Nama panggilan anda dan nyatakan sebab anda dipanggil dengan nama tersebut?
Fattah: Along kerana saya anak sulung,
Alvin: Chipmunks kerana nama saya Alvin. Mereka memanggil saya Chipmunks kerana filem Alvin and The Chipmunks!

Subjek kegemaran anda?
Fattah: Bahasa Melayu.
Alvin: Bahasa Mandarin.

Perkara pertama yang anda ingin selamatkan jika anda terlibat dalam kebakaran?
Fattah: Telefon bimbit saya!
Alvin: Anjing peliharaan saya.

Penipuan terbesar yang anda pernah lafazkan?
Fattah: I'm okay.
Alvin: I earn enough to survive.

Nyatakan panggilan telefon terakhir yang anda tidak jawab dan sebabnya?
Fattah:
Panggilan dari nombor yang saya tidak kenali. Sebab saya tak kenal siapa yang sedang menelefon saya!
Alvin: Penjual insurans.

Perkara pertama yang anda ingin lakukan jika anda seorang perempuan?
Fattah: Bersolek!
Alvin: Mencuba berjalan dengan kasut tumit tinggi!

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dengan menonton The House! Ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod pertama The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store!

Teks oleh: Kamaruddin Razal