Beberapa hari lepas ketika Miss K sedang berehat dan melunjurkan badan di atas katil, seperti biasa Miss K pasti buka handphone dan usha-usha Instagram dan Facebook untuk mengetahui perkembangan rakan-rakan Miss K dan juga artis yang Miss K follow.

Sedang Miss K scroll dan terus scroll foto-foto di Instagram, mata Miss K terhenti pada satu gambar yang menunjukkan seorang artis wanita yang cantik jelita yang kini sudah lagi tidak berhijab iaitu Uqasha Senrose.

Makin cantik dan bergaya Miss K lihat Uqasha sekarang dengan warna rambutnya yang semakin perang itu. Miss K pun terus membuka akaun miliknya untuk melihat foto-foto lain Uqasha dengan imej terbarunya itu.

Namun ketika Miss K ingin melihat komen-komen peminatnya di Instagram, Miss K perasan ruangan komen sudah tiada. Yang tinggal hanya ruangan untuk pengikutnya 'like' sahaja.

Miss K pun pelik, kenapa Uqasha tutup ruangan tersebut? Kasihan pengikut dan peminat Uqasha sebab dah tak boleh komen seperti sebelum ini.

Itu membuatkan Miss K tertanya-tanya, adakah keputusan Uqasha untuk menutup ruangan komen di Instagram itu disebabkan sudah tidak tahan lagi dengan komen-komen negatif yang diterima?

Tidak mustahil juga bukan? Miss K rasa mungkin dia sudah tidak mahu menghiraukan lagi komen-komen negatif yang dilemparkannya dan mahu terus pandang kehadapan dengan kehidupannya yang baru.

Namun apa-apa pun kita sebagai orang luar yang tidak tahu apa yang dirasainya dan berlaku ke atas dirinya tidak layaklah untuk mengulas panjang.

Miss K harap Uqasha terus kuat menghadapi pelbagai tohmahan serta cemuhan yag datang untuk meneruskan kehidupannya.

Miss K: Tak suka dengan orang yang perasan bagus macam sorang artis tu! Euw!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!