Selepas kemenangan kes saman terhadap penyampai radio David Mueller, penyanyi terkenal Taylor Swift sekali lagi berdepan kes saman apabila dituduh memplagiat lirik dalam lagu Shake It Off.

Menurut Refinery29, Taylor dituduh telah memplagiat lirik daripada lagu Playas Gon' Play nyanyian 3LW.

Penulis lirik lagu itu, Sean Hall dan Nathan Butler menjelaskan lirik 'The playas gon's play, Them Haters gonna hate' menyamai lirik lagu Taylor 'Cause the players gonna play, play, play, play, play, And the haters gonna hate, hate, hate, hate, hate'.

Sehubungan itu, Sean dan Nathan telah meminta ganti rugi sebanyak 20 persen daripada keuntungan yang diraih untuk lagu Shake It Off itu.



Sean dan Nathan pernah bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa seperti Justin Bieber, Pink dan Backstreet Boys.

Namun, hal itu sama sekali tidak menggugat Taylor.

"Ini permintaan yang merepek dan cubaan mengaut untung. Undang-undang itu sudah jelas dan tiada sebarang isu pun," katanya kepada People.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: AsiaOne