Peminat Beyonce Kelar Telinga Tanda Solidariti

20 Oktober 2016. 11.00 AM
25,204
Hiburan
Peminat Beyonce Kelar Telinga Tanda Solidariti
Kecederaan di telinga ketika melakukan persembahan tidak menghalang Beyonce daripada terus menghiburkan peminat ketika mengadakan konsert Tidal X: 1015 di Brooklyn, New York, Sabtu lalu.

Newser.com melaporkan kejadian berkenaan berlaku ketika isteri kepada penyanyi rapper Jay-Z itu menyampaikan lagu Haunted dan rambut tocang panjangnya tiba-tiba tersangkut pada subang telinga kiri.

Pergerakan agresif Beyonce telah menyebabkan subang yang dipakai tercabut daripada telinganya sehingga berlaku pendarahan kecil.

Meskipun menyedari telinganya berdarah, penyanyi berusia 35 tahun itu masih mampu memberi persembahan mantap, sekali gus menerima tepukan daripada peminat.

Namun akibat daripada terlalu fanatik terhadap Beyonce, ada beberapa peminat telah mengelar telinga mereka sebagai tanda solidariti dengan penyanyi itu.

Mereka memuatnaik gambar dan rakaman video perbuatan gila itu di media sosial dengan menggunakan hashtag #BleedForBeyonce dan #CutForBeyonce.

Pada masa sama, perbuatan peminat ini turut menerima kritikan hebat daripada orang ramai kerana menyifatkan tindakan mereka sebagai perbuatan bodoh dan melampau.





Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi






Artikel Berkaitan


Komen