Isteri kepada pelakon Alif Satar, Shadila Halid memilih untuk membuat ucapan ringkas dan sempoi di laman Instagram untuk meraikan hari lahir suaminya.
Tindakan Shadila itu disifatkan berbeza dengan pasangan lain yang lazimnya memilih untuk menulis ucapan panjang lebar serta romantis sempena hari lahir.
Selamat Hari Lahir kepada suami saya, Encik Muhammad Alif, dengan ucapan "Kenapa makin tua, makin handsome?" #AlifSatar27th #AlifSatarTurns27 #AlifClooney #AlifGere #AlifBeckham," tulis Shadila.
Tindakan sempoi tersebut turut mendapat perhatian peminat Alif yang sama-sama mengambil peluang untuk meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepada Alif di ruangan komen.
Selain itu, Shadila turut memuat naik sekeping foto Alif menyambut hari lahir ketika di zaman kanak-kanak.
Dalam perkembangan terbaru, Alif kini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet yang bakal bersiaran di Astro Ria.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @shadilahalid
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita