Kemunculan pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra di karpet merah Anugerah Emmy setiap tahun sentiasa dinanti-nantikan.

Namun, tuah tidak menyebelahi pelakon filem Baywatch itu apabila gaun yang dipakainya untuk Anugerah Emmy semalam disamakan dengan harimau bintang salji.

"Dengarnya ada harimau bintang salji di Los Angeles," tulis salah seorang pengguna Twitter.



Malah, ada yang menyamakan gaun labuh meleret Priyanka yang menyapu lantai itu seperti mempromosikan gerakan kesedaran untuk pemuliharaan kebersihan negara India, Swachh Bharat Abhiyan.

Bagaimanapun masih ada segelintir peminat Priyanka yang masih memuji penampilan pelakon itu.

Pada Anugerah Emmy yang berlangsung semalam, Priyanka menyarung gaun rekaan Balmain berwarna putih yang sarat permata dan kristal.

Manakala, solekannya diberikan efek gelap sekeliling mata dan rambutnya didandan rapi ke belakang.






Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Filmbeat