Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila mempertahankan adiknya selepas pengacara Meletop itu dikecam gara-gara memakai seluar jeans koyak yang didakwa menampakkan kulitnya.

Neelofa berkongsi foto tersebut di akaun media sosial Instagram miliknya hari ini.



Entri tersebut telah mendapat kecaman daripada peminat serta netizen yang berpendapat ia tidak sopan untuk dipakai oleh wanita bertudung seperti Neelofa.

Bagaimanapun, Noor Nabila telah menampilkan diri dengan meninggalkan komen kepada netizen yang mengecam imej adiknya itu.

Noor Nabila mempersoalkan netizen yang mengecam tanpa soal periksa.

Berikut merupakan komen yang ditulis Noor Nabila:



Neelofa bagaimanapun telah menutup komen bagi entri tersebut.

Difahamkan Neelofa kini sedang bercuti bersama keluarganya di Itali.

Foto: Neelofa Instagram