Bukan Lagi Sahabat Baik, Hubungan Rihanna Dan Katy Perry Renggang

18 September 2017. 10.20 PM
1,908
Hiburan
Bukan Lagi Sahabat Baik, Hubungan Rihanna Dan Katy Perry Renggang
Hubungan persahabatan dua penyanyi popular Rihanna dan Katy Perry dilaporkan sudah berakhir.

Menurut laporan Mirror, mereka berdua dikatakan mengelak daripada bertemu antara satu sama lain.

Mereka juga didakwa tidak lagi kelihatan bersama dalam acara hiburan sejak setahun lalu.

Malah, Rihanna juga agak kurang senang apabila diaju soalan yang berkaitan dengan Katy.

Bagaimanapun menurut sumber, tiada persengketaan yang berlaku sebaliknya hubungan mereka berdua menjadi renggang secara tiba-tiba.

“Ada yang mendakwa mereka menjadi renggang selepas Katy bercinta dengan Orlando Bloom tahun lalu namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.

“Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi antara mereka berdua,” katanya.
 
 

Artikel Berkaitan