Pelakon baru Natasha Elyzza akui menyesal dengan kelakuannya dan berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki dirinya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Natasha telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak secara terbuka menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Natasha juga menyifatkan perkara yang dilakukannya itu sebagai tindakan yang kurang bijak.

“Saya minta maaf di atas perkara yang telah dilakukan. Saya akui ia adalah tindakan bodoh dan saya belajar daripada kesilapan.

“Tasha mengaku Tasha dah conteng arang dekat muka ramai orang. Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi masih silap Tasha buka bigo tu.

“Tasha minta maaf sangat-sangat. Tasha tahu ramai orang marah Tasha, tapi sejujurnya Tasha harap orang semua dapat maafkan Tasha dan bagi peluang untuk Tasha baiki diri Tasha,”
tulisnya.

I'm sorry for what i did. It was stupid, and i learn from my mistake. Tasha mengaku tasha dah conteng arang dekat muka ramai org. Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi still, silap tasha buka bigo tu. tasha minta maaf sgt sgt. Tasha tahu ramai orang marah tasha, tapi sejujurnya tasha harap orang semua dapat maafkan tasha dan bg peluang utk tasha baiki diri tasha.

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


Bagaimanapun, Natasha masih lagi menutup ruangan komen IGnya.

BACA: Isu Video Seksi: Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff

Foto: Instagram Natasha Elyzza

Teks: Mya Amri