'Terima Kasih Idayu, Happy Saya Dengar' - Datuk Siti Nurhaliza

18 September 2017. 11.39 AM
5,019
Hiburan
'Terima Kasih Idayu, Happy Saya Dengar' - Datuk Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memuji persembahan Idayu yang menyanyikan lagu Ya Maulai ketika konsert pertama AF Megastar malam tadi.

Siti kagum dengan persembahan Idayu dan menyifatkan nyanyian lagu irama tradisional itu cukup baik.

"Terima kasih Idayu atas nyanyian yang cukup baik. Happy saya dengar," tulis Siti di akaun media sosial Twitternya.

Walaupun ada sesetengah peminat setia Siti kurang menggemari teknik whistling Idayu pada bahagian akhir lagu itu, namun ramai yang memuji usaha Idayu untuk menampilkan persembahan berbeza dan keluar daripada ruang selesanya.

Ada juga peminat yang merindui persembahan Siti menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah itu.



Pada konsert AF Megastar malam tadi, dua bintang iaitu Azhar Osman dan Adira yang masing-masing menyanyikan lagu Dalam Gerimis (Visa) dan Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) telah tersingkir meninggalkan 10 bintang untuk bertanding minggu depan.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan Idayu dan bintang-bintang AF Megastar yang lain, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan