Penyanyi Adira Suhaimi menafikan masalah peribadi mengganggu persembahannya di Konsert AF Megastar malam tadi.

Sebaliknya, Adira terpaksa akui kesukaran menghafal lirik menggangu dirinya untuk membawa lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor.

"Sebenarnya banyak faktor juga mengganggu saya pada malam itu tetapi saya menafikan ia melibatkan masalah peribadi.

"Saya agak strugle untuk menghafal lirik sebenarnya, jadi ia sedikit terganggu.



"Selebihnya saya akui sudah memberikan yang terbaik tetapi tetap melakukan beberapa kesilapan ketika persembahan.

"Saya agak kecewa dengan penyingkiran saya malam ini tetapi sudah dapat mengagak kerana bintang lain hebat-hebat belaka," katanya kepada Astro Gempak.

Adira ditemui selepas dia diumumkan antara bintang terawal tersingkir bersama Azhar di Konsert AF Megastar malam itu.

Terdahulu, suami Adira, Dato' Red dikhabarkan menjalinkan hubungan skandal dengan pelakon Nonny Nadirah.

Sementara itu, Adira memberitahu dia bakal kembali fokus dalam bidang nyanyian selepas ini dengan mengeluarkan sebuah single.

"Saya memang mahu comeback selepas bersalin anak pertama beberapa bulan lalu.

"Jadi selepas ini saya akan mengeluarkan sebuah single terbaharu dengan genre pop.

"Namun pemilihan lagu masih dilakukan dan saya belum berjumpa dengan lagu yang benar-benar sesuai dengan saya," katanya lagi.

Adira mendapat 29.3 peratus markah manakala Azhar yang membawakan lagu Dalam Gerimis hanya meraih 17.1 peratus itu telah menyebabkan mereka berada di kedudukkan terendah.

Sebanyak 60 peratus markah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Datuk Norman Abdul Halim selaku juri jemputan.

Manakala 40 peratus lagi adalah hasil undian iaitu AFUNDI daripada peminat.

10 peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9malam.

Untuk menonton video persembahan Adira dan bintang-bintang lain, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal