Minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) menyaksikan penyingkiran peserta King Musang, Zulin Aziz yang mendapat undian ahli kumpulan sendiri.

Biarpun tersingkir, Zulin menunjukkan prestasi yang sangat baik pada minggu kedua terutamanya di permainan pantun dua kerat sehingga mendapat pujian netizen.

Meninggalkan pentas SSS2017, Zulin mencoretkan pengalamannya dalam program tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram.

"Terima kasih Astro, terima kasih team King Musang, terima kasih Vision Work, terima kasih semua. Terus beri sokongan pada mereka ok? Saya dah tak akan masuk Super Spontan sebab saya bengap. Sayang semua, muah. @zulinsherryfamily," tulis Zulin dalam nada gurauan.

Terima kasih astro terima kasih team king musang terima kasih vision work terima kasih semua.terus beri sokongan pada mereka ok?❤️ Saya dah xkan masuk super spontan sbb saya bengap?. Sayang semua muah❤️ @zulinsherryfamily

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


Entri tersebut mendapat perhatian peminat Zulin yang rata-rata tidak berpuas hati dengan penyingkiran Zulin.



Dalam SSS2017, Zulin menyertai kumpulan King Musang yang turut dianggotai oleh Shuib Sepahtu (ketua kumpulan), Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Amy Mastura.

Kumpulan Tenggiling Taiko pula ketuai oleh Achey Bochey dan ahli kumpulan lain adalah Rahim Sepahtu, Sharif Zero, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Danial Zaini, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Apa la nak jadi dengan game #PantunDuaKerat bila #TenggilingTaiko dan #KingMusang bertemu?! #SuperSpontanSuperstar

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Ambik kau @akueatu dah macam hantu badut pulak. Sedap ke makan tepung tu? #superspontansuperstar #KingMusang

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

#KingMusang mendapat undian terendah minggu ini dan @zulinaziz terpaksa melangkah keluar dari medan pertarungan #superspontansuperstar 2017. Terima kasih kerana setia bersama kami!

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on