Bajet RM300 diberikan kepada dua pasangan, Shahfuan & Husna dan Ahmad & Aniza untuk melihat bagaimanakah mereka menggunakan wang terbabit dan berfikir sebelum membeli barangan yang tak dirancang ketika jualan murah.

Kedua-dua pasangan baru berkahwin ini berkunjung ke sebuah pusat beli-belah untuk meninjau barangan kelengkapan bayi ketika jualan murah sedang berlangsung.

Sama ada mereka terpengaruh atau tidak dengan membeli barangan yang tidak diperlukan, ini yang terjadi:

Pasangan Ahmad Mohd Idris (Ahmad) dan Nor Aniza Rahman (Aniza) berjaya melepasi cabaran yang diberikan dengan tidak terjebak membeli barangan lain yang tidak diperlukan.

Manakala, pasangan Mohd Shahfuan Amurullah (Shahfuan) dan Syarfa' Husna (Husna) gagal dalam cabaran itu kerana terpengaruh dengan pujukan jurujual.

Pada minggu hadapan pula, Razif dan Sherry akan melihat gelagat pasangan peserta mencari pakej percutian mereka namun berdepan konflik agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik lain.


Let's Du It merupakan sebuah rancangan realiti kewangan yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Razif.

Cabaran akan diberikan kepada setiap peserta setiap minggu berdasarkan tema tertentu berkisar masalah yang sering dihadapi orang awam setiap hari.

Penonton akan menyaksikan peserta menyahut cabaran untuk membelanjakan wang dengan bijak dan menyimpan secara konsisten.

Jangan lepaskan peluang menonton rancangan realiti kewangan Let's Du It setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.