Peminat Selena Gomez menyatakan rasa bersyukur dan kagum dengan tindakan sahabat penyanyi itu yang sanggup memberikan buah pinggangnya.

Menerusi ruangan komen foto yang dimuat naik oleh Selena smalam, rata-rata peminat mengucapkan rasa terima kasih kepada sahabat Selena, Francis Raisa kerana 'menyelamatkan' idola kesayangan mereka.

"Semoga anda berdua cepat sembuh dan sentiasa dilindungi tuhan," - Jannine Weigel

"Kamu berdua memiliki hati yang mulia dan semoga anda kua sentiasa," - Thamara

"Selena, dia bukanlah sahabat awak, sebaliknya dia adalah bidadari buat awak. Saya sayang kamu berdua," - Glimer Pasion

Terdahulu Selena mendedahkan menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa.

Selena perlu mendapatkan rawatan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang dihadapinya.