Pelakon Korea Park Yoochun terpaksa menangguhkan perkahwinannya buat kali kedua.

Perkara itu disahkan oleh wakil agensinya, C-Jes Entertainment baru-baru ini.

Kata wakil, spekulasi mengenai penangguhan perkahwinan Yoochun dan tunangnya, Hwang Ha Na adalah benar.

"Benar Yoochun menangguhkan perkahwinan mereka, tetapi untuk berkahwin dalam bukan September ini masih belum ada perancangan.

"Segala maklumat lanjut mengenai majlis itu masih lagi tiada keputusan.

"Yoochun juga sebelum ini memberitahu bahawa dia mahu mengambil masa untuk berfikir dan melapangkan fikirannya selepas tamat latihan tentera," katanya seperti dilapor Soompi.

Yoochun dan Ha Na dijadualkan berkahwin pada 10 September lalu.

Malah dikatakan majlis mereka juga dijangka akan diadakan pada 20 September depan.