Ramai Sangka Saya Muslim Kerana Fasih Berbahasa Melayu - Alvin Chong

20 Oktober 2016. 2.56 PM
19,297
Hiburan
Ramai Sangka Saya Muslim Kerana Fasih Berbahasa Melayu - Alvin Chong

Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, Alvin Chong akui ramai penonton keliru dengan status agamanya selepas membawa watak sebagai seorang Mualaf dalam drama tersebut.

Menurut Alvin, menerusi watak tersebut dia banyak menyebut beberapa perkataan yang sering digunakan oleh seorang muslim yang mungkin membuatkan penonton salah sangka.

“Sejak saya membawakan watak Johan iaitu seorang mualaf, saya akui penonton dan peminat mula keliru dengan status agama saya dan mula tertanya-tanya mengenainya.

“Lebih-lebih lagi watak itu memerlukan saya untuk menyebut perkataan yang sering disebut oleh orang Islam seperti Alhamdulillah, Insha-Allah dan solat istikharah untuk babak-babak tertentu.

“Pengarah juga tidak memaksa saya untuk lakonkan babak itu sebaliknya dia beri kelonggaran sekiranya saya tak mahu lakukannya.

“Salah satu sebab saya rasa kerana bahasa Melayu saya agak fasih sehigga membuatkan mereka terfikir saya ini benar-benar orang Melayu,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu Alvin menjelaskan sebagai seorang pelakon dia perlu ada rasa tanggungjawab terhadap watak yang diberikan dan menyampaikannya lakonan tersebut dengan baik.

“Saya tak mahu peminat salah faham sebab saya sorang pelakon dan sebagai pelakon saya kena menghayati watak yang diberikan barulah boleh menyampaikannya dengan baik.

“Jadi kalau bawa watak sebagai mualaf kita kena berlakon seperti mualaf. Tak boleh kita bawa watak ikut suka hati.

“Sudah mahu watak saya meninggalkan kesan dihati penonton dan setakat ini saya bersyukur kerana banyak menerima komen positif mengenai lakonan saya,” jelasnya yang beragama Kristian

Dalam perkembangan lain, pelakon dan penyanyi berusia 25 tahun baru saja muncul dengan single lagu Melayu pertama berjudul Lagu Mu hasil ciptaan Omar K.

Alvin juga kini berada di bawah pengurusan E Studios Management.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang bakal bersiaran malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam!

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen