Sebuah video rakaman Bigo Live pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video itu menunjukkan Natasha dan wanita itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Astro Gempak menghubungi Fathia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan ini.

"Kalau boleh saya enggan komen mengenai perkara ini. Hanya Allah sahaja yang tahu," katanya ringkas.

Ketika ditanya apakah reaksinya apabila netizen mula menyerang laman Instagram miliknya, Fathia ada jawapan tersendiri.



"Biarlah, jika netizen meninggalkan komen negatif, saya dapat pahala," katanya lagi.

Fathia juga memberikan jawapan serupa ketika ditanya adakah terdapat sebarang unsur sabotaj yang mahu dilakukan keatas dirinya tatkala video tersebut tersebar.

"Hanya Allah sahaja yang tahu," katanya lagi.

BACA: Isu Video Seksi: Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @fatiyalatiff
Video: YouTube Kaizen Protocol