Isteri Vokalis Maroon 5, Behati Prinsloo akhirnya mendedahkan kepada umum bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

Menurusi sebuah entri di akaun Instagram (IG), Behati telah berkongsi sekeping gambar selfie yang menunjukkan baby bumpnya.

Menerusi memuat naik foto tersebut, isteri kepada penyanyi, Adam Levine telah menulis kapsyen "Round 2", yang memberi makna dia kini sedang hamil anak kedua.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Behati dan mengakui tidak sabar untuk menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.

Namun, sehingga kini peminat masih berteka-teki mengenai usia kandungannya.

Adam Levine dan Behati Prinsloo telah mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2014 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Cabo San Lucas, Mexico.

Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dusty Rose Levine pada 23 September 2016.