Penyanyi Salena Gomez akui telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa.

Perkara itu didedahkan oleh Selena menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi beserta dua foto kesan pembedahan sebagai bukti.

Selena memberitahu dia begitu terharu dan menghargai pengorbanan Raisa buat dirinya.

“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.

“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu bahawa saya perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang saya hadapi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga pasukan doktor yang menakjubkan kerana membantu saya sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.

“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan atau ungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya.

“Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. Saya sangat sayangkan awak,”
tulisnya.

Dalam pada itu, Selena juga turut berkongsi foto bersama Raisa yang sedang terbaring bersebelahan katil hospitalnya bagi menjalani rawatan berkenaan.

Selain bergelar model dan pelakon, Francia Raisa, 29, juga merupakan anak kepada personaliti radio, Renan Coello.

I’m very aware some of my fans had noticed I was laying low for part of the summer and questioning why I wasn’t promoting my new music, which I was extremely proud of. So I found out I needed to get a kidney transplant due to my Lupus and was recovering. It was what I needed to do for my overall health. I honestly look forward to sharing with you, soon my journey through these past several months as I have always wanted to do with you. Until then I want to publicly thank my family and incredible team of doctors for everything they have done for me prior to and post-surgery. And finally, there aren’t words to describe how I can possibly thank my beautiful friend Francia Raisa. She gave me the ultimate gift and sacrifice by donating her kidney to me. I am incredibly blessed. I love you so much sis. Lupus continues to be very misunderstood but progress is being made. For more information regarding Lupus please go to the Lupus Research Alliance website: www.lupusresearch.org/ -by grace through faith

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Foto: Instagram Selena Gomez

Teks oleh: Mya Amri