Pelakon Nazim Othman mencoretkan ucapan khas buat isterinya, Bella Dally sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Pelakon drama bersiri Lara Aisyah ini meluahkan isi hatinya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @nazimothman.

"Waktu berjalan pantas. Setahun malayari alam rumahtangga merupakan jajaran pengalaman yang mendewasakan. Lima tahun berkenalan sebelum berkahwin cukup untuk membuatkan saya sedar bahawa sesungguhnya masih ada insan seperti @belladally di dunia ini yang sungguh luhur hati budinya dan sangat setia bersama saya di kala suka dan duka.

"Apabila difikir balik, dia memang selalu ada walaupun sebelum berkahwin kami pernah "berpisah". Ketika saya terlantar di hospital kerana ketumbuhan dalam otak juga dia ada (walaupun ketika itu saya pun tidak pasti sama ada saya akan "survive" seperti sediakala).

"Bukan calang-calang orang boleh bertahan dengan ketegasan dan pola pemikiran saya yang kompleks, tapi dia mampu seolah-olah hatinya sekuat titanium walaupun zahirnya kelihatan lembut.

"Dia selalu cuba untuk memenangi hati saya contohnya dengan belajar memasak lauk-pauk ala Melayu walaupun dia dibesarkan dengan makanan kurang gula, kurang garam, kurang minyak dan kurang lemak; semata-mata untuk pastikan saya gembira apabila pulang dari bekerja sehari suntuk. Oh ya, sekarang dia dah pandai masak ikut selera encik suami.

"Saya bukanlah seorang yang romantik, saya tidak pandai untuk meluahkan cinta dengan kata-kata dari mulut.. jadi saya menulis (atau menaiplah) dan perasaan itu saya zahirkan dengan menjaga dia pula.

"Ada kalanya saya rasa saya tidak layak untuk dia, tapi setiap kali perasaan itu hadir, setiap kali itu jugalah saya sedar, dalam soal jodoh, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Dalam dunia ini, kita sebagai manusia tidak tahu aturan Ilahi. Saya berdoa agar perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga.

"Kepada isteriku, Nabilah... terima kasih atas segalanya...and yes, I love U!(klik link di bio saya untuk terjemahan kisah kami dalam bentuk metafora oleh @cstproduction melalui klip video lagu #keranacinta),"
tulis Nazim.

Nazim dan Bella kini sedang menghabiskan masa bercuti di Pulau Maldives sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @nazimothman

Waktu berjalan pantas. Setahun malayari alam rumahtangga merupakan jajaran pengalaman yang mendewasakan. Lima tahun berkenalan sebelum berkahwin cukup untuk membuatkan saya sedar bahawa sesungguhnya masih ada insan seperti @belladally di dunia ini yang sungguh luhur hati budinya dan sangat setia bersama saya di kala suka dan duka. Apabila difikir balik, dia memang selalu ada walaupun sebelum berkahwin kami pernah "berpisah" . Ketika saya terlantar di hospital kerana ketumbuhan dalam otak juga dia ada ( walaupun ketika itu saya pun tidak pasti sama ada saya akan "survive" seperti sediakala ) . Bukan calang-calang orang boleh bertahan dengan ketegasan dan pola pemikiran saya yang kompleks, tapi dia mampu seolah-olah hatinya sekuat titanium walaupun zahirnya kelihatan lembut. Dia selalu cuba untuk memenangi hati saya contohnya dengan belajar memasak lauk-pauk ala Melayu walaupun dia dibesarkan dengan makanan kurang gula, kurang garam, kurang minyak dan kurang lemak; semata-mata untuk pastikan saya gembira apabila pulang dari bekerja sehari suntuk. Oh ya, sekarang dia dah pandai masak ikut selera encik suami. Saya bukanlah seorang yang romantik, saya tidak pandai untuk meluahkan cinta dengan kata-kata dari mulut.. jadi saya menulis ( atau menaiplah ) dan perasaan itu saya zahirkan dengan menjaga dia pula. Ada kalanya saya rasa saya tidak layak untuk dia, tapi setiap kali perasaan itu hadir, setiap kali itu jugalah saya sedar, dalam soal jodoh, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Dalam dunia ini, kita sebagai manusia tidak tahu aturan Ilahi. Saya berdoa agar perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga. Kepada isteriku, Nabilah... terima kasih atas segalanya...and yes, I love U! ? ( klik link di bio saya untuk terjemahan kisah kami dalam bentuk metafora oleh @cstproduction melalui klip video lagu #keranacinta )

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on