Saya Berhenti Belajar Bukan Kerana Asyik Bercinta - Sufian Suhaimi

14 September 2017. 1.39 PM
12,780
Hiburan
Saya Berhenti Belajar Bukan Kerana Asyik Bercinta - Sufian Suhaimi
Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia menangguhkan pelajaran di peringkat sarjana kerana terlalu asyik bercinta.

Menurut Sufian, 25, dia terpaksa menangguhkan pelajaran buat sementara waktu untuk memberi lebih perhatian kepada kerjaya seninya yang sedang meningkat naik.

"Dakwaan itu tidak benar, saya cuma menangguhkan pelajaran, bukannya berhenti belajar sebab bercinta.

"Saya mengambil keputusan itu pun atas tuntutan kerja, bukan disebabkan hal peribadi.

"Lagipun, bukan setiap hari saya keluar berjumpa Elfira. Kalau dating pun, mesti bertemankan keluarga.

"Saya juga sudah bersedia untuk menyambung kembali pelajaran untuk semester akhir pada bulan ini," katanya kepada Astro Gempak.

Sufian berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun ke-10 rangkaian restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall, Ampang, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sufian juga mengumumkan bakal bertunang dengan Elfira, 23, di kediaman keluarganya di Cheras, pada 6 Oktober depan.

Sebelum ini, Sufian dan keluarga telah menghantar rombongan merisik di rumah keluarga Elfira lebih tiga bulan lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan