Penyanyi Hafiz Hamidun menegaskan tidak mahu ada sebarang kaitan lagi dengan Joy Revfa selepas keputusan perbicaraan kes mereka dikeluarkan mahkamah, esok (Khamis).
Kata Hafiz lagi dia juga sudah lama bersiap sedia untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga dengan pengasas kosmetik tersebut.
"Saya sudah lama bersedia dan nak selesaikan dengan cepat. Namun, untuk esok perbicaraan saya tidak ada buat persediaan apa-apa.
"Semuanya diuruskan oleh peguam saya. Dia yang sediakan segala dokumen untuk perbicaraan kes yang difailkan oleh Joy.
"Selepas dapat sahaja keputusan, saya tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Banyak lagi perkara yang saya perlu uruskan," kata Hafiz kepada mStar Online.
Pada 21 Ogos lalu, Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan.
Pihak Joy akan mengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu sah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Konflik rumah tangga antara Hafiz dan Joy timbul apabila status perceraian wanita itu dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.
Dalam pada itu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sudah menetapkan 19 September ini untuk pendengaran permohonan pengesahan pernikahan antara Joy dan bekas suaminya Datuk Ray Imran atau Ray di Thailand pada 2015.
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: mStar Online
Foto: Instagram Hafiz Hamidun & Joy Revfa
Fiza Kamarudin
Wed Sep 13 2017
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.