Pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan menyatakan pendapatnya mengenai kritikan diberi oleh netizen terhadap solekan wajah Bella yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon itu.

Menurut laporan Bintang.com, Ivan berkata, pencahayaan yang kurang ketika foto diambil merupakan salah satu fakor membuatkan solekan pada wajah Bella menjadi kurang menyerlah.

"Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang membuatkan solekan Bella kurang menyerlah antaranya ialah pencahayaan yang kurang di ruangan tersebut sehingga membuatkan solekan itu mendapat kritikan.

"Sebenarnya itu merupakan perkara penting untuk menampakkan wajah Bella kelihatan cantik kerana bagi saya solekannya bagus dan sempurna.

"Kita juga harus mengambil kira mengenai jenis kamera yang digunakan kerana ketika itu jika semua orang mahu bergambar dan ia juga akan menganggu kualiti imej yang dirakamkan," katanya.

Laudya Cynthia Bella sah bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin pada sebuah majlis pernikahan yang diadakan 8 September lalu.

Pasangan yang menjadi perhatian peminat seni di Malaysia dan Indonesia itu dinikahkah oleh bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 dengan sekali lafaz.

Sumber: Bintang.com