Adam Semakin Sihat, Feeya Iskandar Terkilan Dituduh Tak Pandai Jaga Anak

13 September 2017. 6.31 PM
5,204
Hiburan
Adam Semakin Sihat, Feeya Iskandar Terkilan Dituduh Tak Pandai Jaga Anak
Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar memberitahu keadaan anak kesayangannya, Adam Malique semakin beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas pada Sabtu.
 
Feeya juga memuat naik foto beserta video terbaru Adam yang kelihatan semakin aktif.
 
“Bam bam @adammalique72 semakin sihat. Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan kesihatan malique,” tulis Feeya pada kapsyen akaun Instagramnya.
 
Bagaimanapun sebagai ibu, Feeya atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah ini juga meluahkan rasa hatinya apabila dikatakan tidak pandai menjaga anak sehingga menyebabkan Adam jatuh sakit.
 
“Siapa yang nak anak sakit kan? Tolonglah jangan sesuka hati cakap kita ni tak pandai jaga anak sebab itu anak kita sakit. Siapa awak nak cakap macam tu? Siapa kita nak lawan kuasa Allah?,” tulisnya.
 
Kapsyen itu juga disertakan dengan hashtag #sayangilahmulutanda dan #taksukaorgygmulutjenislepastakretijagaperasaanorg.
 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh cik Piah.
 
Mereka juga meminta Cik Piah supaya bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif yang diberikan kepadanya.
 
Foto: Instagram Feeya Iskandar
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan