Vokalis Maroon 5, Adam Levine dilaporkan baru sahaja menjalani siasatan polis atas dakwaan melakukan kekerasan terhadap isteri, Behati dan bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan.

Bagaimanapun, pihak polis Los Angeles Police Department (LAPD) menyifatkan laporan individu yang mendakwa sebagai saksi hanya berniat menyebarkan fitnah sekaligus cuba memburukkan imej penyanyi itu.

Oleh itu, kes tersebut ditutup selepas polis mendapati Adam tidak bersalah.

Menurut sumber portal hiburan antarabangsa TMZ, pasangan selebriti yang terkenal dengan aksi sangat mesra dan romantis, Adam dan Behati dilaporkan kini sedang berdepan dengan pergolakan dalam rumah tangga mereka.

Sementara itu, ada juga sumber menyatakan, isu pergolakan rumah tangga Adam dan Behati timbul ekoran populariti yang dimiliki pemuzik tersebut.

Terdahulu, kehidupan Adam dikatakan cukup bahagia hidup mewah, tidak hairanlah jika ada banyak pihak yang tidak suka melihatnya hidup dengan tenang.

Adam sebelum ini pernah menyatakan, hidupnya kini tambah bahagia dengan kelahiran Rose.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: TMZ.com