Kenapa Penyanyi ‘Favorite’ Saya Tersingkir? Datuk Tak Reti Pilih Ni...- Datuk Aliff Syukri

12 September 2017. 9.01 PM
12,896
Hiburan
Kenapa Penyanyi ‘Favorite’ Saya Tersingkir? Datuk Tak Reti Pilih Ni...- Datuk Aliff Syukri
Sebaik sahaja tamat konsert homecoming AF Megastar pada Ahad lalu, pengasas produk kecantikan D’ Herbs, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video di akaun media sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi video tersebut, Ailff yang juga penaja konsert AF Megastar telah bertanya kepada juri tetap program tersebut, Datuk Ramli MS mengenai keputusan akhir yang dibuat.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah, pengarah filem popular Michael Ang yang turut hadir memberikan sokongan terhadap program realiti yang telah menjadi trending worldwide dua minggu berturut-turut siarannya.

Aliff secara spontan bertanya kepada Ramli MS mengapa bintang kegemarannya, Mila Jirin tidak terpilih ke pusingan seterusnya.

“Saya tak puas hatilah, kenapa penyanyi favorite saya Mila tersingkir? Saya rasa Datuk tak reti pilih ni...”

Bagaimanapun, jawapan daripada Ramli mengundang rasa lucu dikalangan netizen apabila beliau dengan selamba menjawab:

“Besok buka TV sendiri, boleh pilih siapa yang nak pilih...Duit banyak...” jawabnya sambil ketawa dan disahut oleh Michael Ang.

Telatah Alif, Ramli MS dan Michael Ang itu telah ditonton oleh lebih 169 ribu pengikutnya di IG.
 

Seramai 24 minggu bintang AF Megastar telah berentap pada malam konsert homecoming 1 dan 2 yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun daripada 24 bintang tersebut, hanya 12 yang terpilih untuk ke pusingan seterusnya.

12 bintang tersebut adalah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.

Keputusan penuh itu diumumkan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi pada penghujung konsert homecoming 2 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam, pada malam Ahad lepas.

12 bintang yang tidak bernasib baik ialah Zahid, Firman, Ara dan Mila yang berentap pada konsert homecoming 1 serta Amylea, Faizul, Anding, Nubhan, Rosma, Aril dan Faizal yang membuat persembahan pada malam konsert homecoming 2.
 
Keputusan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Ziana Zain.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam serta boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com


Sumber Video & Foto: Instagram @Aliffsyukriterlajaklaris
 

Artikel Berkaitan