Pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah mengakui yang anak-anak mereka sangat rapat dengan penyanyi Mark Adam.

"Anak-anak kami sangat baik dengan Mark dan isteri. Lebih-lebih lagi anak bongsu kami, Ariq Matin.

"Ibaratnya jika ada Mark, Matin sudah tidak memandang kami, terus kami tak laku. Mark dan isteri pula sering bermain dan melayan karenah Matin.

"Saya mula rapat dengan Mark pada tahun 2015. Ketika itu, saya dan Mark terlibat dalam program Juara Parodi. Pada masa yang sama, Sarah melahirkan Matin.

"Matin memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mark kerana Mark mula rapat dan melayan Matin semenjak Matin lahir lagi," kata Shuib.

Tambah Sarah, tidak timbul rasa cemburu sebagai ibu bapa apabila anak-anak mereka mesra dan dapat dengan Mark.

"Kami begitu senang dengan Mark dan isteri. Tidak timbul rasa cemburu melihat kemesraan mereka dengan anak-anak.

"Bagi kami, tiada masalah jika Mark dan isteri rapat dengan anak-anak kerana mereka memang baik. Mereka pun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi kami tidak kisah," kata Sarah ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya pada Sabtu.

Shuib bersama kelab peminat Sarah, Hearty Sarah membuat kejutan kepada penyanyi itu bersempena sambutan hari lahir Sarah yang ke-33 pada 15 September ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin & @markadam1079

Sayang Semua lagi2 ni @ezzpowers & Martin ❤️ Salam jumaat ✌️

A post shared by OfficialMarkAdam (@markadam1079) on

Martin dah makin besar Alhamdulillah ? Advance Happy bday ibu and daddy @sitisarahraissuddin @shuibsepahtu ❤️

A post shared by OfficialMarkAdam (@markadam1079) on

Selamat Pagi Semua Dari Martin ✌️

A post shared by OfficialMarkAdam (@markadam1079) on