Sebuah video yang menunjukkan beberapa pasangan isteri menyuap botol susu ke mulut suami sambil disaksikan orang ramai telah mencuit hati netizen.

Video yang berdurasi 48 saat menjadi viral di Facebook apabila seorang pengguna laman sosial tersebut memuat naiknya lebih kurang 7 jam yang lalu.

Ia mencuit hati netizen apabila acara yang difahamkan aktiviti sukaneka itu kelihatan amat melucukan apabila peserta suami dengan bersungguh-sungguh menyonyot puting botol susu yang disuap oleh isteri masing-masing.

Lebih melucukan apabila terkeluar daripada mulut orang ramai yang menyaksikan pertandingan itu dengan ayat "baby panas ni, tepi-tepi"

Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu ia berlaku di Kelantan apabila ia berbunyi seperti " Hebat Kelantan!!! Terasa macam nak masuk pertandingan ini"

Posting itu mendapat lebih 6000 komen dengan hampir 10 0000 likes serta lebih 30 000 share di Facebook.

Berikut merupakan video tersebut:



Teks oleh: Syafiqah Jalal