Ucapan dan doa yang didedikasikan oleh pelakon dan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF6), Lufya Omar sempena hari lahir suaminya, Che Muhammad Hafiz menyentuh hati peminat.

Ucapan istimewa yang dikongsi oleh Lufya menerusi akaun Instagramnya hari ini turut disertakan dengan foto perkahwinan mereka.

Menerusi ucapan tersebut, Lufya yang kini hamil lapan bulan mendoakan kesejahteraan suaminya.

Selain itu, Lufya juga tidak ketinggalan menyatakan rasa cintanya terhadap Hafiz yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Ucapan tersebut juga turut disertakan dengan hashtag #tilljannah dan #iloveyou.

“Untuk suami tersayang yang sedang bekerja di hospital ketika waktu ini. Isterimu mendoakan kesejahteraanmu.

“Bekerjalah sebaik dan seikhlasnya. Semoga pekerjaanmu ini bukan sekadar mencari nafkah untuk dirimu, isteri dan bakal anakmu, tetapi sebagai amalan dan bekalanmu di hari akhirat nanti.

“Ya Allah limpahkanlah kurniaanmu ke atas suamiku Che Muhammad Hafiz, permudahkanlah pekerjaannya, lancarkanlah rezekinya, jauhkanlah segala penyakit dari dirinya, penyakit hati manusia & segala kejahatan di dunia ini.

“Lindungilah suamiku Ya Allah. Limpahkanlah pengampunanMu terhadap dirinya kerana aku sayang dan mencintainya keranaMu Ya Allah.

“Jadikanlah suamiku suami yang Terbaik menjaga dan melindungiku Ya Allah. Temukanlah kami bersama lagi di SyurgaMu kelak.

“Ampunilah kami Ya Allah. Jadikan kami Senaraikan nama kami untuk menjadi ahli syurgaMu Ya Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin.

“Selamat Hari Lahir Sayang, I ❤ u soooo much #1209 #tilljannah #iloveyou,”
tulis Lufya.

Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga perkahwinan pasangan sweet ini berkekalan hingga akhir hayat.

To my beloved husband yang sedang bekerja di hospital ketika waktu ini. Isterimu mendoakan kesejahteraanmu. Bekerjalah sebaik dan seikhlasnya. Semoga kerjaanmu ini bukan sekadar mencari nafkah untuk dirimu, isteri dan bakal anakmu, tetapi sebagai amalan dan bekalanmu di hari akhirat nanti. Ya Allah limpahkanlah kurniaanmu ke atas suamiku Che Muhammad Hafiz, permudahkanlah pekerjaannya, lancarkanlah rezekinya, jauhkanlah segala penyakit dari dirinya, penyakit hati manusia & segala kejahatan di dunia ini. Lindungilah suamiku Ya Allah. Limpahkanlah pengampunanMu terhadap dirinya kerana aku sayang dan mencintainya keranaMu Ya Allah. Jadikanlah suamiku suami yang Terbaik menjaga dan melindungiku Ya Allah. Temukanlah kami bersama lagi di SyurgaMu kelak. Ampunilah kami Ya Allah. Jadikan kami Senaraikan nama kami untuk menjadi ahli syurgaMu Ya Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin Selamat Hari Lahir Sayang I ❤ u soooo much #1209 #tilljannah #iloveyou

A post shared by ?Expecting Lulu & Ken's Junior (@lufyaluvya) on

Foto: Instagram Lufya

Teks oleh: Mya Amri