Siti Sarah Masak Bekal Untuk Shuib Tengah Malam

20 Oktober 2016. 7.55 PM
190,663
Hiburan
Siti Sarah Masak Bekal Untuk Shuib Tengah Malam
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin,32, akui akan memasak sebelum tidur untuk menyediakan bekal kepada suaminya, Shuib Sepahtu.

Siti Sarah berkata, biasanya dia akan memasak bekal untuk Shuib yang juga penyampai radio Sepahtu Sinar untuk dibawa ke tempat kerja apabila diminta suaminya.

"Biasanya jika saya hendak masak bekal Shuib, saya akan masak lebih awal iaitu malam sebelum saya masuk tidur.

"Jika saya mahu masuk tidur pukul 12 malam, saya akan masak lebih awal kira-kira satu jam sebelum itu.

"Kemudian lauk itu saya akan masuk ke dalam peti sejuk dan Shuib akan panaskan keesokan harinya di rumah dan di tenpat kerja sebelum dia makan.

"Namun bukanlah setiap hari saya akan siapkan bekal untuk Shuib makan di tempat kerja. Kerana saya akan masak bila Shuib request nak makan masakan saya ditempat kerja sahaja," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui.

Bintang Gegar Vaganza 3 itu berkata dia lebih gemar memasak untuk keluarganya daripada makan di luar demi menjamin makanan yang berkhasiat dan bersih.

"Saya memang akan cuba masak sendiri di rumah untuk suami dan anak-anak kerana kalau boleh saya mahu mereka makan makanan yang berkhasiat.

"Saya juga cuba menggunakan bahan-bahan yang baik dan sihat untuk memasak. Sebagai contoh saya akan gunakan minyak kelapa atau virgin oil dalam masakan," katanya lagi.

Siti Sarah bertanding di dalam GV3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Teks oleh: Syafiqah Binti Jalal





Artikel Berkaitan


Komen