Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan mengenai khabar dukacita itu di Wisma Darul Aman sekitar jam 6.30 petang tadi.
Menurut beliau, jenazah Almarhum akan disembahyangkan pada Selasa (12 September) jam 10.30 pagi dan seterusnya istiadat penghormatan terakhir di Istana Anak Bukit akan dimulakan pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.Seterusnya, pengiringan jenazah akan melalui Lebuhraya Darul Aman, Jalan Tun Razak dan terus ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada jam 4 petang.
Selain itu, Ahmad Bashah antara lain turut memberitahu, bendera Negeri dan Persekutuan serta bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga mulai hari ini.
Tambah Ahmad Bashah, tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 September 2017.
Sementara itu, hari Selasa (12 September) juga diisytiharkan sebagai cuti kelepasan am, bagi seluruh negeri Kedah, kecuali bagi mereka yang menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Almarhum baginda dilahirkan pada 28 November 1927 ialah anakanda ketiga Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.
Sumber: Astro Awani
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat