Pelawak dan penyampai radio, Shuk dan isterinya, Rossalennah mengadakan sebuah majlis akikah dan kesyukuran untuk anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain.

Shuk yang juga merupakan peserta Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) telah berkongsi beberapa foto menarik menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak perempuannya dan menyatakan wajah anaknya itu lebih menyerupai Shuk berbanding isterinya.

Majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Ahad itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat dan rakan-rakan pelawak.

Antara pelawak yang hadir ialah Mamak Puteh, Fikry, Syarif Zero, Wan dan Chot daripada kumpulan XOXO.

Nur Qurratu Ain dilahirkan pada 2 November 2016, pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Dalam perkembangan lain, Syuk kini sedang bersaing dalam program Super Spontan Superstar 2017.

Jangan lupa saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto comel Qurratu sepanjang majlis tersebut:

Majlis Aqiqah Qurattu Ain Masjid Wilayah,KL Catering @LambainCatering Photo by @haqy.co / @mhazwanrahman / @hizataminuddin

A post shared by Shuk syj (@shuksyj) on