Demam lagu Baby Shark mulai melanda dan penangannya turut dirasai oleh golongan selebriti tanah air.

Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza antara selebriti yang memuat naik video parody lagu popular kanak-kanak itu ketika sedang bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.

"Nak jugalah Shark Doo Doo Doo. Selamat berhujung minggu semua," tulis Memey di akaun Instagramnya.

Nak juga lah shark doo doo dooo ✌?❤️ . Mummy punya apsl mcm lain sgt haha...? #myfamily . Selamat berhujung minggu semua ?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on



Video itu menampilkan aksi comel dan selamba Memey dan Norman bersama dua anak mereka Muhammad Darwisz, 4, dan Muhammad Dikhriz, 2 serta tiga anak hasil perkahwinan Norman dan Abby Abadi, Mohamed Danish, 14, Marissa Dania, 12 dan Maria Danisha, 9.

Netizen memuji gelagat melucukan keluarga besar itu dan menyifatkan video parody itu meghiburkan.

"Shark yang ini comel-comel dan yang penting tidak makan orang," tulis @noraini_dyll65.

"Ya Allah seronok betul tengok keluarga ini. Semoga dalam rahmat Allah," tulis @this_ajhumma.

"Sweet sangat ni... Bergula habis," puji @yasminyusop.

Fenomena Baby Shark mulai tular di media sosial dan netizen menyahut cabaran #BabySharkChallenge dengan merakamkan video parodi masing-masing.

Lebih 34,000 video cabaran #BabySharkChallenge dimuat naik di Instagram sehingga kini dengan gelagat tersendiri mengikut tarian asal video lagu itu.

Manakala, di Youtube lagu Baby Shark Dance yang dimuat naik oleh syariakt Ping Fong sejak 17 Jun tahun lalu sudah ditonton lebih 230 juta pengunjung seluruh dunia!



Teks oleh: Amri Hassan
Video: IG @memeysuhaiza