Pasangan pelakon, Amar Baharin, 32, dan Amyra Rosli, 26, bakal menimang cahaya mata lelaki pada penghujung Oktober 2017.
Berita gembira itu diumumkan oleh Amar dan Amyra pada majlis ‘Baby Shower’ mereka yang berlangsung di Quill City Mall Kuala Lumpur sebentar tadi.
Amyra yang kini sarat hamil 33 minggu mendedahkan dirinya bermimpi melihat bayi lelaki sehari sebelum menjalani pemeriksaan imbasan untuk mengetahui jantina bayi dikandungnya.
"Insya-Allah, kami bakal dikurniakan anak lelaki dan berharap anak sulung kami ini dilahirkan dengan selamat," kata Amar.
Tambah Amyra, Amar sangat teruja untuk menanti kehadiran permata hati mereka dan menanam hasrat untuk menyambut sendiri kelahiran anak sulung mereka.
Pelakon drama Isteri Tuan Ehsan itu juga sering mengawal pemakanan terutama membabitkan pengambilan gula berlebihan bagi mengelakkan berlaku sebarang komplikasi kesihatan.
Dalam pada itu, Amar dan Amyra memilih untuk melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Lembah Klang.
Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram @aamyrarosli
Kamaruddin Razal
Sat Sep 09 2017
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.