Pelakon Erra Fazira mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin di atas pernikahannya dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Erra membuat ucapan tahniah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya beberapa jam selepas Emran dan Bella diijabkabulkan.

Di dalam ucapannya, Erra mengucapkan semoga hubungan Emran dan Bella berkekalan hingga ke jannah.

Ibu kepada Engku Aleesya ini turut menitip pesanan buat anak kesayangannya itu.

Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. . . Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! ???. . Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. ?? Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh ??

A post shared by Eera Chek (@errafazira) on


Sementara itu di ruangan komen, para pengikut Erra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai selain turut mendoakan primadona filem melayu itu menemui kebahagiaan.

Agak comel apabila Rozita Che Wan yang juga gandingan Erra dalam program bual bicara Primadona turut meninggalkan komen 'nakal' buat sahabatnya itu.



Selain itu, rakan-rakan selebriti turut meninggalkan komen kepada Erra.

Antaranya, pelakon Siti Elizad dan penyanyi Siti Nordiana.