Pelakon terkenal Jaya Bachchan, baru-baru ini mencuri perhatian umum apabila tindakannya mengelar seorang peminatnya 'bodoh' kerana diajak berswafoto bersama.

Menurut laporan Indiatoday.com, Jaya meluahkan rasa marahnya itu apabila peminat tersebut dikatakan tidak menghormatinya ketika menyertai upacara keagamaan yang dianjurkan oleh selebriti Esha Deol.

Ketika kejadian, Jaya dikatakan sedang membacakan doa sebelum seorang peminat datang secara tiba-tiba mengajaknya berswafoto.

Disebabkan tindakan itu, Jaya telah mengherdik peminat tersebut.

"Jangan lakukan itu, bodoh," katanya.

Jaya juga telah mengarahkan peminat itu untuk memberikan fokus kepada upacara keagamaan tersebut.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Amitabh Bachchan ini juga menasihatkan orang ramai supaya menghormati orang yang lebih tua.

"Ini adalah dasar sopan santun yang harus dipelajari oleh orang India seperti kita.

"Jangan hanya kerana kamu semua mempunyai kamera, bermakna kamu boleh sesuka hati mengambil gambar orang lain setiap waktu tanpa meminta izin.

"Jadi tolonglah hormati orang yang lebih tua kerana ia merupakan perkara asas yang diajarkan di sekolah," ujarnya.

Sumber: Indiatoday.com