Bintang filem terkenal Hong Kong, Aaron Kwok, 51, dan isterinya Moka Fang, 29, telah menimang cahaya mata perempuan selepas lima bulan melangsungkan majlis perkahwinan.

Menurut laporan sebuah stesen radio komersial Hong Kong, bayi perempuan itu telah dilahirkan pada 1 September lalu.

Mengukuhkan perkara itu, portal Apple Daily melaporkan sebuah kenderaan dengan plat pendaftaran Hong Kong - China kelihatan meninggalkan perkarangan Hong Kong Sanatorium & Hospital ke kediaman milik pasangan itu.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Kwok enggan mengesahkan laporan terbabit.

Tiada sebarang maklumat atau info diperolehinya dan wanita itu enggan mengulas mengenai perihal peribadi pasangan selebriti itu.

Kwok telah mendirikan rumah tangga bersama Fang, seorang peragawati pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup di Hong Kong.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Straits Times