Pelakon drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan memilih San Francisco sebagai lokasi untuk menjalani sesi penggambaran pra perkahwinan.

Menurut laporan Allkpop, pasangan Song Joong Ki & Song Hye Kyo kini berada di bandar itu dan turut disertai rakan rapat serta jurugambar profesional.

"Mereka memilih bandar San Francisco untuk merakam gambar pra perkahwinan kerana tertarik dengan keunikan yang ada di sana," kata sumber.

Malah pihak pengurusan kedua-dua mereka juga telah mengesahkan lawatan pasangan tersebut ke San Francisco.

"Mereka berdua kini berada di sana bukan atas urusan rasmi tetapi untuk urusan peribadi,” kata agensi.

Sebelum ini pasangan tersebut telah mengejutkan peminat apabila mengakui bakal berkahwin pada hujung Oktober depan.

Peminta mereka mula menggunakan hashtag #SongSongCouple di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.

#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama tersebut ditayangkan tahun lepas.

Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan serasi itu disatukan.

Sumber: Allkpop