Pelakon Leonardo Dicaprio tampil membantu siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa melibatkan pembiayaan filem ‘The Wolf of Wall Street’.

Menurut jurucakap DiCaprio, bintang Hollywood itu telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu selepas mengetahui mengenai siasatan ke atas 1MDB melalui laporan akhbar.

Wang yang didakwa milik dana daripada 1MDB telah digunakan untuk membeli beratus-ratus juta dolar aset di seluruh dunia, dan didakwa membiayai pengeluaran filem ‘The Wolf of Wall Street.’

Filem mengenai rasuah dan ketamakan dalam Wall Street telah dibiayai oleh Red Granite, yang diasaskan bersama oleh Riza Aziz.

DiCaprio juga dikatakan sahabat kepada Aziz dan Jho Low, juga dinamakan dalam tuntutan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi DiCaprio sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk memastikan wang tersebut datang daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan.

Yayasan kebajikan milik DiCaprio juga akan memulangkan hadiah atau derma yang diberi kepadanya atau yayasannya jika didapati ia datang daripada dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Olahan: Hafiza Kamarudin

Sumber: Daily Mail