Semua orang berpeluh tetapi mengapa ada yang berpeluh lebih banyak, ada yang kurang?

Berpeluh itu perkara biasa, terjadi kepada semua orang. Pada kadar normal, manusia mempunyai antara dua ke lima juta kelenjar peluh di seluruh badan dan kebanyakannya berada di tapak tangan dan kaki.

Ada yang perlu bergerak atau melakukan senaman ringan untuk berpeluh dan ada yang sekadar duduk bermalasan di sofa sambil menonton filem seram sudah cukup untuk mengeluarkan peluh. Tetapi tahukah anda, peluh dirembes oleh manusia ini berbeza dari segi komposisi dan baunya?

Kami senaraikan lima fakta peluh yang membuatkan anda kata "ewwww" dan "ye ke?"



1.Peluh mengandungi 99% air, baki 1% pula terdiri daripada urea, asid urik, asid laktik, ammonia, vitamin C, elektrolit dan protein kulit yang berbeza.



2.Selalu berpeluh di kaki sehingga kaki, stokin dan kasut berbau? Ini disebabkan terdapat kira-kira 250,000 kelenjar peluh di kaki yang mengeluarkan separuh pain peluh sehari.



3.Wanita mempunyai lebih banyak kelenjar peluh tetapi lelaki mengeluarkan peluh 40% lebih banyak dan lebih masin berbanding wanita.



4.Peluh yang keluar dari kelenjar apocrine di bawah lengan mengandungi protein, lemak dan sisa karbohidrat, adalah penyebab kesan kuning di bahagian bawah lengan pakaian.



5.Selain senaman dan perasaan gementar, kita juga berpeluh ketika makan disebabkan kadar metabolisme meningkat dan meninggikan suhu badan. Tubuh akan berpeluh bertujuan untuk menyejukkan badan.



Tiada sesiapa yang suka apabila muka berminyak akibat berpeluh, pakaian putih menjadi kekuningan serta berbau. Badan berpeluh dan pakaian berbau ini menimbulkan rasa kurang selesa terutama ketika berada di kalangan orang ramai, ketika bersenam di gimnasium atau ketika berhibur bersama rakan-rakan. Secara automatik kita akan kurang yakin dan jika di pejabat boleh menjejaskan kualiti kerja.

Atasi masalah ini dengan pencuci TOP Micro-Clean Tech dengan teknologi anti-sebum yang mampu menarik keluar peluh dan sebum serta molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam teras fabrik.

Anda tidak perlu risau dengan masalah bau peluh yang melekat pada pakaian. Hari anda pasti lebih selesa dan yakin dengan pakaian segar dan berbau harum.